Wednesday, June 29

who am I ?

  • 3.2-inches screen and has a 16:9 aspect ratio
  • 3.2 megapixel camera with Carl Zeiss optics and dual LED flash
  • Virtual QWERTY keyboard, a pen stylus, or plectrum
  • GPS, as well as Bluetooth, 3G, and Wi-Fi
  • Graphic equalizer, 8GB memory, support for all main digital music formats, and a 3.5mm jack.
  • Built-in surround sound stereo speakers
  • New media bar interface, always accessible via a touch-sensitive button above the display
  • Proximity sensor to save battery life and avoid inadvertent touches
  • 111 x 51.7 x 15.5 mm, 109 g
  • Available in black, red and blue

Ahad kelmarin. :D

hujan renyai-renyai petang itu.
takkan Aku lupakan perjalanan hidup
pada ahad yang amat bermakna sekali dua kali tiga kali.

seorang Lelaki dan seorang Perempuan
pergi ke tasik untuk berjalan-jalan.
Aku gembira pergi ke sana,
tempat yang pertama kali pergi dengan si dia.
Aku sungguh jakun dengan area sana. huu~

kemudian, kami pergi jalan-jalan lagi
pergi Galaxy. oh, tempat yang amat Aku
serami, hehe.
objektif yang ingin Aku capai ialah
membeli sepasang kasut.
yea, kasut sukan. hoho.
lalu membawa Aku ke satu lagi tempat yang tak pernah
Aku jejak kaki.

Ampang point la plak. haha.
memang Aku jakun, situ pun Aku tak pernah pergi,
dan di situ jugalah Aku telah mendapat first kiss. err..
gurau2, di situ lah Aku membeli kasut ku. woha!
Bumbleebee gitu.
anyway, ku sangkakan panas hingga ke petang,
rupanya petang itu hujan. :D
basah-basah lah kami. sori yea syu~ :O
Aku selamat hantar si dia pulang, sambil wat gaya Astronaut...
hehe, si dia je tahu.

Monday, June 27

Autobots,, bertukar!!! bertukarr!!!

seorang Lelaki (Aku) menunggu hujan berhenti.
khabarnya mahu pergi kerja.

' berhenti wahai Encik Hujan, saya mahu pergi kerja lah ! ' kataku dengan nada gay metroseksual.

sebenarnya Aku tak berkata-kata pun.
cuma Aku berdiam, terduduk di sofa
yang kusam warnanya.
cuma melihat Emak-ku yang bersedia
mahu babai Aku pergi kerja. :P
hari ini seorang Lelaki itu cuma kerja separuh hari,
demamnya agak nak kembali.
sebab En. Hujan timpa saya semalam~ (gaya gay metroseksual)
err.?


cuma terkenang kisah semalam.
sangat gembira. sangat penat.
terima kasih kepada Syumiesaya :) kerana sudi menemani
membeli Bumblebee. :D
Thanks sebab bawa jalan-jalan. haha.
nantikan kemunculan Bumbleebee di blog ini oke! :D

Sunday, June 26

I hate this feeling.

sedang aku sibuk menaip entry ini,
aku dapat rasakan yang bukan aku dan keluarga aku je tinggal di sini.
ada benda lain juga yang menumpang.

semalam je,
ia memunculkan 'diri'nya sebanyak tiga kali.
Yea, 3 kali ! 
dan malam ini aku rasa macam...
ada sipi-sipi je dengan aku.
rasa macam deja vu pernah jumpa dulu-dulu.

benda itu hitam,
berkepak, berkaki enam,
gross laa insecta jenis terbang nihh,,
dan dan je aku dah hilang bisa ngan serangga
cenggituh. 

Lipas Ohh Lipas..

*aku syorkan korang beli penyembur aerosol jenama KING KONG. 'KING KONG ROACH CONTROL'
sembur sekali, nescaya Lipas itu akan menggelupur, dan mati sekelip mata king kong. :D

LUNCH aku di-sabotaj !

Aku rasa sangat bengang dengan makcik Indon+Jawa
yang kerja dekat kedai makan sebelah Maybank Balakong.
dah la tuduh Aku makan ikan keli tak bayar,
then berkeras nak Aku bayar.
wtfun beb? tak happy lah waa macam ini beb.
waa datang nak makan dengan sopan, lagi tenteram serta dimulakan dengan Basmalah lagi tu.
tup tup dia buat macam itu.
sekali mulut Laser Beam aku aktifkan.
bzz bzz bzz !
terdiam kau orang tua. haha! 
tulahh,, main lepas je tuduh-tuduh, tak tanya tuan badan dulu.
peace no war old lady

*semenjak kejadian itu, nenek tua tu tak mahu bersemuka dengan aku, asyik duduk kat dalam jee.. har3~

Tuesday, June 21

RAWR! baik punya~

syahdu aku kian terasa,
di kala keretapi tanah melayu mula berhenti mengambil penumpang.
di kala makcik itu sedang mengemas-ngemas warung.
di kala syaiton nir rojim melata keluar dari lubang tandas.

seorang aku sedang gembira.
apabila aku mendapat preview Transformers 3.
di kala orang lain mula menonton pada 29 jun.
aku lagi awal la beb. 28 jun dah boleh tengok. woha!

Sunday, June 19

:'D

sebuah Lelaki di dalam bilik.
bangkitnya Itu dari tidur sudah fikirkan masalah semalam.
namun itu bukan alasan Itu untuk memberontak.
malah tak terdetik.

sebuah Lelaki cuma meneruskan perjalanan ke arah seekor Hos.pital.
tercongok-congok Itu sambil bercangkung di tepi dinding, 
cuma kagum dengan ajaibnya
masalah semalam sudah ghaib.

sebuah Lelaki pula terus pergi ke Titi.wangsa.
berkenal-kenalan, manusia itu sungguh asing,
namun Itu boleh adapt dengan orang baharu.
makan, sembang kemudian berhubung dengan Tuhan,
dalam sujudku, aku lupa apa aku pinta.

cuma aku sedar betapa masa ini pantas berlalu,
dan betapa pantas aku bazirkan nya atas syahwat,
yang meminta untuk direleasekan.
bajet Kyuubi je. 

just nak ucap, Selamat Malam. 
ily. nito. :*

Thursday, June 16

sori3~

aku tak mahu merungut.
aku tak mahu merungut.
aku tak mahu merungut. :P
gurau je tahu, syu. :*

terima kasih kepada Saifullah Maffandi kerana sanggup
jumpa aku semata-mata mahukan jam beliau balik.
dan aku sememangnya makhluk suka buat harta. adoi~
malangnya aku jenis yang tak reti lepak.
pastuh perut aku meragam. peh~
masing-masing dah kerja, susah nak jumpa.
kepada budak repeat matriks tuh.
ambil iktibar oke. woha!

Wednesday, June 15

ZzZz

dammit.
aku rasa bersalah.
hampir setiap hari berjumpa Seth Tan.
patut aku tidur awal sikit.
:( nito.

yang penting aku tak sabar berhenti kerja, aduh. 
esokk.esokk. aku lupa bungkus serunding lagi. [takde kaitan]

ini bukan cerita jane from taiping oke. woha!

Zzz (-.-)

Tuesday, June 14

Nito. (-.-)zzz

hurm.
pagi ini aku rasa kosong.
mungkin rasa teruja sudah memenuhi ruang pemikiranku.
setiap kali berfikir aku berfikir. aku berfikir kosong.
hati gundah bukan kerana aku berbuat mungkar getusku.
aku gundah memikirkan apa akan terjadi di masa hadapanku.
aku tidak rasakan getaran/ debaran sekuat ini 
semasa aku hendak mengambil slip keputusan SPM sekalipun.
bahkan ketika result Matriks pun aku chillax je.
woha! aku dalam ke..bingungan!

aku lapar aku rasa aku tak mahu makan namun aku makan juga.
aku ngantuk aku rasa aku mahu tidur tapi aku tak tidur-tidur lagi.
masalah-nya,,, aku tak habis lagi tengok KR. huu. tak apa laa. 
selamat malam bintang di langit,
selamat malam bulan di orbit
selamat malam air di laut,
selamat malam pasir di dunia,
selamat malam semua. yea, awak pun sama. nito. (-.-)Zzz

Sunday, June 12

aku sangat gembira. :O dan kontra juga. :'O

pagi ini aku dimulakan dengan Basmalah.
namun malamku sekarang aku ragu bila untuk ucapkan Tahmid dan Salam. dan
bismikallah huwa ahya wa amut.

pagi tadi aku bergegas.
mencari sesuatu yang dapat memuaskan aku dalam pelbagai faktor.
dari segi zahir dann,, batin sudah pasti. dan batin batin batin. woha!
aku belajar benda baru. never too late for everything.
aku jumpa kawan baru, aku belajar makan something un-usual.
segalanya semata-mata untuk mencapai hasratku yang kian
banyak melintang aral-aralnya. :(
aku cuma doakan aku dapat apa yang aku kehendaki.
semoga ianya yang terbaik untukku.

dilanjuti dengan petangnya menonton wayang.
nasihat pakar (aku), jangan tengok Super 8.
yea, stiven spilberg co director ke apa ke. jalan cerita nampak okay.
bosan la stiven. bosan! motif alien tu ape? muka alien da la x clear, cam malu-malu kucing je nak tunjuk
xde feel la tengok cerita tu. ibarat tengok drama melayu dekat RTM. woha!
(aku bukan rasis)
btw stiven, ko tolong je la maikel bay tu wat robot-robot.
lagi bagus tahu.

tapi,
disebalik kegembiraan, selit-selitkan jugalah kesedihan okay hazwan~

 *jantungku berdegup-degup mengukir kata ini.
dup dap~ dupp dapp~

bukalah mata seluas-luasnya,
terima pembaharuan disekeliling.
jangan narrowkan fikiran.
jangan asyik berada di takuk lama.
percaya kepada kemampuan seseorang itu.
fikiran negatif itu perlu pada suatu ketika.
tapi janganlah sampai apabila sudah ada metod-metod
untuk menyelesaikannya, tapi malas mahu bertindak.

mak bapak aku tak bagi smoke, aku tak smoke. (ada orang tu buat takpe plak)
mak bapak aku tak bagi aku keluar lewat, aku tak keluar lewat. (ada orang tu buat takpe plak)
aku nak ambil kulinari, mak bapak aku suruh medic. (ada orang tu okay je wat keputusan sendiri)
aku dah ada tempat untuk belajar medic, ada-ada je mak bapak aku bagi. (aku tak susah-susahkan pun diorang untuk cari tempat untuk aku)

tapi kenapa ada-ada je halangan? kenapa? Ya Allah. berilah hamba-Mu ini ketenangan dan penyelesaian yang terbaik. :')