Friday, June 7

Namun Aku telah faham apa yang ingin disampaikan oleh Tuhan-ku kepada Aku.


2:37pagi
7jun2013
Aku hampa aku tak tahu bulan Islam(dan Aku malas mencari)


Segala persoalan untuk kegagalan perhubungan antara dia(yang dahulunya Aku amat sayangi) dan Aku telah terjawab. 
Pernah rasa dicintai ? Maka manusia segolongan Aku pasti akan berkata 'ya, kami pernah'
Itulah permulaan segala permasalahan.
Aku silap langkah.
Aku leka dibuai perasaan.
Aku letakkan pengabdian diri teratas sekali untuk perhubungan itu.
Aku leka dengan hiasan dunia.
Paling teruk lagi, adakah kau percaya jika Aku berkata Aku letakkan perasaan itu lebih tinggi lagi dari cinta-ku padaNya.?

Tapi kalau kau bertanya, adakah Aku ingin lagi merasa seperti itu,
Aku dengan pantas menjawab ya, aku ingin. 
Itulah Aku, sel-sel sudah sebati dengan wahan.
Aku berada dalam keadaan yang pathetic.
Aku meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, macam definisi Zalim bukan?
Aku antara golongan yang Zalim pada diri-ku sendiri.
Aku tahu Aku berdosa.
Sikit-sikit Aku kikis dosa yang termampu.

Aku tak tahu sejauh mana lagi Aku mampu mengharungi dunia ini tanpa ditempelak oleh suara-suara Aku untuk menyedarkan diri sendiri. 

fin.

Wednesday, March 13

Kasihanilah Aku

Hmm.
Aku takda pun minta attention 24/7.
Apatah lagi berniat nak susahkan awak.
Paling teruk pun, Aku nak dengar suara awak.
Aku tak minta date setiap minggu.
Aku dah tak desak kenapa tak mesej selalu.
Aku tak minta awak balas mesej pun.
Aku takda halang hubungan sosial awak.
Aku tak minta awak call.

Aku cuma terkilan.
Terkilan. Pelik. 
Aku minta lebih ? Aku cuma mahu dengar suara.
Pernah faham perasaan orang yg cuma dibalas 2 patah perkataan sahaja?
Aku tahu, Aku membesar besarkan benda kecil.
Aku perbesarkan sebab, rasa macam tak dihargai.
Pernah rasa macam tu kan?

Pokoknya, Aku tahu Aku bukanlah orang penting dalam kerja awak.
Tapi tak semestinya Aku tak penting, lalu Aku boleh diperlakukan sebegini.

Tolong rasionalkan diri awak.

Aku pun dah tak kacau macam dulu.
Aku dah buat semua yang awak mahu. 
Kasihanilah Aku.