Tuesday, January 19

cerita seram: hantu bab 2# (serius, kepada sesiapa yang ada heart attack dan kepada ibu mengandung sila jangan baca entry ini.)

        Pada suatu hari, saya berjalan-jalan di sebuah taman perumahan bersama-sama kawan-kawan saya yang bernama Ali dan Siti Qazrina. Saya suka Siti Qazrina tapi dia suka Tan Hong Ming. Lalu saya kecewa sebab satu dunia dah tahu mereka ber'couple'.

        Kami lupakan sejarah silam, lalu bergembira sambil melumba-lumba menaiki basikal siapa yang sampai di rumah usang di hujung kilang terbiar itu. Waktu itu, ibu bapa saya tiada di kilang itu. Saya jadi semakin takut bila teringat kisah lalu.

        Tiba-tiba kami sudah sampai ke rumah itu, saya dapati Siti Qazrina menang lalu kami semua hadiahkan sebuah hadiah untuk dia. Ibu saya sangat bahagia ketika ini, tapi dia pergi kerja..kot. Lalu, Siti Qazrina rasa pelik kenapa ada 3 hadiah. Rupa-rupanya ada hantu yang bagi. Lalu Siti Qazrina menangis ketakutan. Kami pun menangis ketakutan.
Hantu itu pun terbang sambil menggilai mengilai. Habis seluar kami basah.

        Saya buka mata, saya nampak hantu sedang kacau Siti Qazrina. Saya pejam mata balik. Saya buka mata lagi, saya nampak hantu sedang mengacau Ali. Saya takut saya pejam mata lagi dan lagi. Saya buka mata saya nampak Tan Hong Ming sedang kacau Siti Qazrina. Saya pejam mata lagi.


        Tiba-tiba saya buka mata, sedar-sedar saya dan Ali dan Siti Qazrina berada di hospital. Kemudian kami dibawa ke klinik. Doktor bagi kami gula-gula. Doktor peluk saya sebab saya selamat. Doktor berasa gembira. Saya pun gembira sekali lagi. Ibu serta bapa saya turut serta.

3 comments:

[[syidin]] said...

kaw taw x cite kaw neh steady je.xseram.haha.kaw ni ngah sket ape wat cter cmneh?

Mr. H said...

hak3..aku taw. sje je ubah genre..wakaka. aku sket bese la din.operation bulan 3 neh...

Mr. H said...

hak3..aku taw. sje je ubah genre..wakaka. aku sket bese la din.operation bulan 3 neh...