Thursday, December 31

aku kini melalui lorong yang kuragui suatu masa dulu.

aku ditengah kesibukan manusia,
mereka membicarakan sesuatu,
seks duit kereta,
seks duit kereta, 

aku cuma duduk diselautan manusia, 
mencari jawapan,
kepada sebuah jawapan,
dia tidak tahu, agaknya.

telefon berdering nyaring, 
ku terdengar suara halus sang perempuan, 
dia membicarakan sesuatu, 
seks duit kereta,
seks duit kereta,
aku harap tidak lagi.

dingin hawa aku didalamnya,
mencari kepastian,
sama ada masih ada lagi,
atau aku hanya menunggu 
siluetnya sahaja.



No comments: