Tuesday, January 19

semalam, aku rasa,,,

aku ingin sangat menyiat
kulit kepala mereka,
tapi itu bukan pembunuhan aku,
malam itu aku tanam mayat
mereka dan campak memori bersama
dalam 'sungai dalam' di Missouri.
dahulu aku fikir aku tak mampu
hidup lama, nampaknya aku silap.
banyak perkara aku silap.
ramai orang yang menyayangi aku
tinggalkan aku, bukannya mati kerana
kehadiran aku, walaupun
aku cuba menghalangnya,
aku ibarat batu kepada mereka,
sentiasa menjadi beban.
mereka pergi kerana orang lain,
aku juga silap.


seolah-olah rodanya berputar,
tapi hamsternya sudah mati.
ianya ilusi kepada si awan.

No comments: