Wednesday, June 15

ZzZz

dammit.
aku rasa bersalah.
hampir setiap hari berjumpa Seth Tan.
patut aku tidur awal sikit.
:( nito.

yang penting aku tak sabar berhenti kerja, aduh. 
esokk.esokk. aku lupa bungkus serunding lagi. [takde kaitan]

ini bukan cerita jane from taiping oke. woha!

Zzz (-.-)

Tuesday, June 14

Nito. (-.-)zzz

hurm.
pagi ini aku rasa kosong.
mungkin rasa teruja sudah memenuhi ruang pemikiranku.
setiap kali berfikir aku berfikir. aku berfikir kosong.
hati gundah bukan kerana aku berbuat mungkar getusku.
aku gundah memikirkan apa akan terjadi di masa hadapanku.
aku tidak rasakan getaran/ debaran sekuat ini 
semasa aku hendak mengambil slip keputusan SPM sekalipun.
bahkan ketika result Matriks pun aku chillax je.
woha! aku dalam ke..bingungan!

aku lapar aku rasa aku tak mahu makan namun aku makan juga.
aku ngantuk aku rasa aku mahu tidur tapi aku tak tidur-tidur lagi.
masalah-nya,,, aku tak habis lagi tengok KR. huu. tak apa laa. 
selamat malam bintang di langit,
selamat malam bulan di orbit
selamat malam air di laut,
selamat malam pasir di dunia,
selamat malam semua. yea, awak pun sama. nito. (-.-)Zzz

Sunday, June 12

aku sangat gembira. :O dan kontra juga. :'O

pagi ini aku dimulakan dengan Basmalah.
namun malamku sekarang aku ragu bila untuk ucapkan Tahmid dan Salam. dan
bismikallah huwa ahya wa amut.

pagi tadi aku bergegas.
mencari sesuatu yang dapat memuaskan aku dalam pelbagai faktor.
dari segi zahir dann,, batin sudah pasti. dan batin batin batin. woha!
aku belajar benda baru. never too late for everything.
aku jumpa kawan baru, aku belajar makan something un-usual.
segalanya semata-mata untuk mencapai hasratku yang kian
banyak melintang aral-aralnya. :(
aku cuma doakan aku dapat apa yang aku kehendaki.
semoga ianya yang terbaik untukku.

dilanjuti dengan petangnya menonton wayang.
nasihat pakar (aku), jangan tengok Super 8.
yea, stiven spilberg co director ke apa ke. jalan cerita nampak okay.
bosan la stiven. bosan! motif alien tu ape? muka alien da la x clear, cam malu-malu kucing je nak tunjuk
xde feel la tengok cerita tu. ibarat tengok drama melayu dekat RTM. woha!
(aku bukan rasis)
btw stiven, ko tolong je la maikel bay tu wat robot-robot.
lagi bagus tahu.

tapi,
disebalik kegembiraan, selit-selitkan jugalah kesedihan okay hazwan~

 *jantungku berdegup-degup mengukir kata ini.
dup dap~ dupp dapp~

bukalah mata seluas-luasnya,
terima pembaharuan disekeliling.
jangan narrowkan fikiran.
jangan asyik berada di takuk lama.
percaya kepada kemampuan seseorang itu.
fikiran negatif itu perlu pada suatu ketika.
tapi janganlah sampai apabila sudah ada metod-metod
untuk menyelesaikannya, tapi malas mahu bertindak.

mak bapak aku tak bagi smoke, aku tak smoke. (ada orang tu buat takpe plak)
mak bapak aku tak bagi aku keluar lewat, aku tak keluar lewat. (ada orang tu buat takpe plak)
aku nak ambil kulinari, mak bapak aku suruh medic. (ada orang tu okay je wat keputusan sendiri)
aku dah ada tempat untuk belajar medic, ada-ada je mak bapak aku bagi. (aku tak susah-susahkan pun diorang untuk cari tempat untuk aku)

tapi kenapa ada-ada je halangan? kenapa? Ya Allah. berilah hamba-Mu ini ketenangan dan penyelesaian yang terbaik. :')