Friday, October 30

ini kisah nasri tumiran.

dalam kelas 5 Suzuran...

sedang berbincang mohamad hazwan bersama muhammad rasyidin serta muhamad nasri bin tumiran...


kami berbincang tentang perbelanjaan untuk membeli water filter.
ya, memang pelik bagi kami untuk membincangkan tentang hal ini.
tetapi ini adalah untuk kebaikan kami juga. siapalah yang tidak mahu menjadi kuat kan? badan kuat lagi tough bak rindaman, muka kacak seperti takiya genji.


Ha!
 kiri: genji.      kanan: rindaman tumbuk genji.men2 je tu.



nasri mengamalkan pergerakan shortnya itu.
ke hulu hilir.ke hilir hulu. lantas, mencari tempat untuk didudukinya.
matanya melilau mencari seseorang. 


menjeling-menjeling ku bertentang.
mata kita sama memandang.


tidak kusangka-sangka, dia terus mendepani ke arah seorang perempuan.

'kau suka aku ke?' katanya dengan gentle.

kata-kata ini yang menyelinap ke sanubari Nurul H****** binti Idrus.
(bapak dia jual produk Imtiyaaz, water nanofilter).

perempuan itu terdiamlah. dia kaku, lidahnya kelu tidak terkata.


kerana tiada respon, nasri menganggapnya satu penerimaan.

'aku suka kau juga!' teriak Nasri.



Ha! suasana lengang....





lantas, berkabutlah aku dan syidin mendengar perkhabaran ini.
haih~


nasri skandal rupanya.
manalah orang gombak itu tak jeles dengan kau kan.
haha. 



nasri memang suka play2.



Tuesday, October 27

dilamun cinta.

Aku dilamun cinta. 
Salah satu perasaan yang uncommon bagi diriku.
spektrum-spektrum cahaya yang terbias 
melintasi prisma kaca melambangkan 
perasaan aku sekarang. 
Bercampur-baur.


Siapalah gadis bertuah itu?
tiada siapa tahu.
dia bukanlah seorang stenograf, pengembala satwa,
mahupun broker saham yang sudah lawes dengan ekonomi negara.
Dia juga pelajar seperti anda.




adakah dia istimewa? ya.

dia jenis yang pandai berdikari.
campak dekat laut boleh masak steamboat.
campak dekat darat boleh masak nasi beriani gam.
Ha!



2, 3 kucing berlari.
manakan sama si kucing belang.
2, 3 bini boleh kucari,
manakan sama si dia seorang.


#senyum.

Sunday, October 25

semb.

semalam semb____.?

A. ilu
B. elit
C. ang
D. angang

kalau kau nak makan pun nak kena tunggu
member kau habis berak dekat rumah dia,
kau agak-agak polak tak?
haih~

Saturday, October 24

(copy)(kopi) reggea.

aku tersenyum, bila teringatkan kisah lampau.
zaman neolitik barangkali.
aku tinggal dekat sungai euphrates.
ha!
indah sungguh.
bukan macam pantai cenang.




manusia bajet reggae,
dia bukanlah keturunan
che guavara atau bob marley pun!
memang bersepah kat sana.
rambut pintal-pintal,
naik van VW lama,
minum kopi reggea,
bukan sedap pun.
campur pil kuda saja!

manusia ber-bikini pun.
samalah juga.
ahai~
maksiat dahlah banyak kat sana.
naik bot berdua.
pergi jauh ke pulau lain.
buat projek lah itu.
manusia langkawi juga yang punca.
memang best dengar.
best juga masuk neraka begitu?
ah.simpang angel forty-four. (44)
haru biru nenek kaulah!
nenek kau bukan lagi
bunkface kalau begitu.
kesian!

nak apa? terbanglah.

ouh. selalunya aku memang lah tak nak online.
tapi, sikap sarkistik membara dalam jiwaku.
ah! mak aku barangkali bosan nak mengeruhkan keadaan.
bilalah aku mahu berhenti meng-online?

SPM sudah lah cuma sebelah selekoh saja.
aku dahlah mahukan keputusan yang warna-warna berterbangan.
aku yakin, aku mampu.
tapi setakat mana?




bila diingatkan, aku bukanlah kepandaian sangat.
namun aku bahagia saja bila teringatkan kawan disisi.
hurm, nasihat aku lah.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
buat apa nak sorong papan?
kalau kau boleh makan tauhu.

daging dhob makan mentah,
bawang besar berkilo-kilo.
kalau nak kuat yang kuat,
amalkanlah amalan ini.


kalaulah aku seorang superman.
aku cuma nak terbang.

aku memiliki semua.tapi bukan semuanya.

setiap kali aku melelapkan mata.
aku hampir tidak sedar bahawa duniaku 
berlainan.
hurm.
semalam, aku hangout dengan kawan-kawan.
makan KFC. (ceeeh, nak beritahu juga!) 
kisahku melebar dekat sana.
urm, pelik. asyik-asyik nak eksiden je.
bukan akulah, tapi mereka.





ya! mereka adalah syidin dan pinan . ada juga pengalaman eksiden bersama.



aku memahami, kawanku berkata:

"aku peliklah, sekarang nih, sume da kapel. tengok pinan, dulu takde, sekarang?"..


ah! aku faham.sekarang nih.semua benda kita tak boleh nak jangka.
kawan-kawan aku, tiba-tiba sahaja:

1. dari dulu tak pernah ade henset kale2, sekarang? nokia n90++ express music , touch screen, beribu-ribu harganya. barangkali mak mertuanya yang memberinya kot.


2. dari tak tahu bagaimana nak keluarkan straw dari tempatnya kat McDonald. (agak kekampungan la!)
sekarang, aweknya mempunyai paras rupa seakan-akan nikita willy. macam tak percaya!


3. dulu tak tahu nak buat apa-apa, sebab tak pernah keluar rumah la katakan, sekarang melebihi aku dalam segala bidang. aweknya baek punya, dapat kelas yang lebih bagus dari aku.



konklusi tak berapa nak konklusinya, kenapa fe'el aku seakan-akan cemburu dengan semua ini?
adakah aku cemburu sebab dia ada awek? persoalannya bukan ya atau tidak, tapi kenapa.
kenapa aku, serta kawanku (syidin) merasakan benda yang sama?





sebenarnya,
kami kesunyian.
mendambakan kasih sayang manusia,
kasih selain kasih ibubapa,
selain kasih Tuhan kami,
kami dambakan kasih seseorang,
seseorang yang bergelar wanita,
kami dambakan kehadirannya,
kami harapkan kasihnya.
kami mahukan kekasih.
kami mahukan
cewek untuk kami si cowok.
namun, adakah sekarang adalah
jalan yang benar bagi kami?


lu pikir la sendiri!









kami jauh dari Allah.
sebab itu kami begini.
semoga, pengorbanan kami, mendapat tempat disisiNya.

aku bukan lancelot ware.

SPM dah dekat,
tapi aku bukanlah pandai sangat.
tak juga bodoh.
namun aku boleh je dapat straight A1.
aku bukan mengejar sangat cita-cita aku.
aku mengejar harapan orang lain.
tidak terbeban olehku akan masalah ini.



kalau tiba-tiba ada menate jin yang boleh kabulkan tiga (3) hajat.
aku nak hajatkan:

1. setiap kali aku masukkan tangan kat poket, keluar iphone 3g(s) sebijik.
2. kepandaian yang melebihi tahap genius orang paling genius.
3. ada kuasa jadikan orang jahat daripada orang yang baik.


harapan mak bapak aku supaya aku masuk kump. yakuza nih. yeke?

gelimat.

ini entry geli punya.



geli.

geli.

geli.

geli.

geli.


geli sangat!

Wednesday, October 21

malam ini.aku tak reti komen!

salam kawan-kawanku.

aku bukan merepek sangat kat blog nih.

bese je kan?

urm, sedangkan aku nak komen kat page sniri pun aku tak reti!

someone!, ajar la aku.

Tuesday, October 20

periksa, pekse, peperiksaan

hari ini pergi sekolah macam tidak biasa.

jumpa member tepi jalan.

aku palau je la.

haha.

sampai sekolah. terus jawab kertas fizik.

peh~ kacang.

boleh la.

aku tak tahu dapat keputusan nanti.

harap-harap oke je la.



p/s: doakan aku untuk interview dq nanti ye.semoga aku cool saja!

Monday, October 19

ungu.purple.syidin.kawanku.

kumpulan ini ditubuhkan pada awal 90-an. kot~

kalau  tak caya tanya syidin.

dia kipas susah mati band nih sejak kecil lagi.

aku sayang syidin.

haha.

ko jangan stim lak din!




 raffique, SYIDIN, fitri, aku, firdaus.
time: seminar SAMTEN
status: all have been taken.huahua.

kabaret!

alloo.

aku nak tanya la.

*walhal aku sorang je yang selalu usha blog nih kan.

selalu entry die wat satu je je setiap hari?

#ha.senyum.

kisah kaisara, aku dan datuk johari

tepat pukul 2.30 petang.

aku melayari kem polis.

bese je.

pegi la rumah khalil.

makan sampai kenyang.

haha.

ada awek lalu depan aku.

busuk! tayang body lak.

iman aku kuat lagi.

takdenya aku usha lama-lama.

ketat betul pakaian.

Lurah Bilut kat Pahang pun kalah.

aku cuak dengan wanita-wanita zaman sekarang.

mereka buat aku tambah dosa je!

sedar-sedar la diri tuh banyak!

malang sekali.bahasa jiwa bangsa.

tadi aku jawab kertas bahasa melayu 2.

memang balun habis la.

bahagian B aku wat dulu.

jiwang karat la ayat aku.

bahagian A lak aku tibai tidur.

sempat buat 3 perenggan yang 'cute'.

aku ngantuk la.

sushi.

adik aku bawak balek sushi.

tapi aku dengar dia sebut one degree.

bapak jauh. rupanya dia sebut onigiri.

riceball. aku makan la.

bese je.

Sunday, October 18

semalam.

malam semalam.

aku mimpi pasal

orang yang aku minati.

bukan mimpi bez2 tuh.

mimpi sentap bai.

"die da taw aku suke die, tapi die tak layan aku~"

tu la ayat yang die sebot.

peh~ aku terjaga dari tidurku waktu subuh.

ayat tuh wat aku makan dalam.

die patot taw yang setiap saat aku teringatkan die.




# aku nak kite bahagia dewasa kelak! ameen~

pengen!

# "laki2 egois kerna pengen cinta lebih dari satu." -syidin-

"ohoi~ welcome alaska!"

"apsal ko nak awek?"

aku terdiam.

kau bukan dapat apa pon.

aku terfikir sejenak.ish.betul gak apa dia cakap!

senaman sempena penat belajar untuk spm?

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive  pula...












silalah cuba ye!

tips tips beli barang ngan cermat malah berpatutan.

ahaai~
gmbr shopping bai.
bjeeet! haha.

ni dia, tips2, utk mngekalkan wajah yg ceria.

alkisah bermula~






ni pic aku shopping. bli susu sejat, nk wat air pe ntah.haha.
bese je.bese je. 

*tgk2 la klu da barang da expired ke x. kaji harge gak.




pastu, ak sje2 je suro adek ak amek gmbr.peh~ dri blakang pon aku da stylo.
hehe. 
*oke2, pnjgkan leher check mkanan percume.ade x?hoho. klu ade,  mkn lah!




sebelah tuh, abg sedare akudie kawen ngn akak sedara aku. so abg ipar x tulen la.
pggil abg din je.   plek, bkn nk mngate,
die mmg lbih rendah dri aku.mgkin aku terlebih matang kot? nobody know~

*bawak troli klu berat sgt. nnt cramp lak tgn agkt bkul.




 
cetz, aku mmg stylo lah. huahua. bjet je. still beli brg.
mne part pegi rye? lek2, sabar...

*kne pandai teke brang ade kt mne. cm explorace la kan.







sket lgi. aku tros kuar tesco. kt kajang je.da dkt da.huahua.dkt ngn spe?
ntah.abg din hampe, coz die xdpt bli pe die nk. pe die nk? aku pon xtaw.

*balek ngn berhemah gak. jgn wat muke pencuri.wat muke bese je.haha.





then, kt luar je.aku wat drifting..gune troli je.hahaha

*berhati-hati di luar tesco, bnyak aral melintang.





semoga lah. dengan tips2 yang saya berikan. anda sume dapat membeli belah dengan selamat.

daa~

12.28 tghri.
18 okt 09

p/s: korg mesti x sedar kan.
mle2 aku bwk bakul, n then troli, n then bakul blek, pastu tros bwk troli smpai
balek.

Saturday, October 17

ahh~ rye dtg lgi...

aih. 
pagi ni, berlalu dgn hebat...
slesai kmas uma je.
ak tros sarapan..
bkn pe la..
cme aku da knyng.
haha.






smlm, cm plek2 je la.
bday awek mmber aku.
so, die nk pegi bli sumting la kan utk awek die.


"Wan, ko bz x sblom Jumaat nih?, kte si Fitri.

"urmm, x kot, ak xde pape.sal?", balasku.

"arini bday dye, so ak igt nk bli kek. SECRET RECIPE. (sal a sume nk kdai nih? aku pon nk blnje seseorg gak kt kdai nih~)

"oke je, bile ko nk grak?" jwb si Hazwan.

"pas skola la.ak nk cpt2.awek aku bai." die cm nk cepat.





diibaratkan cm ditelan mati mak, diluah mati bapak.
xkn nk kemam je kan.aku pon okekn je la.


tetibe,naqibah dtg! die wat muke cm bese. ahh... si F tdi ckp," oit! da la b*****************!". tpi dgn snyp2 la. qbah x dgr pon. 


plek x plek, qbah tetibe gak tnye, 

"Ae, korg nk x gegule? mentos bai.ak kan kaya, xmkn la twisties cm korg!"



aku tros amek berbotol mentos kt die. die hmpir nanges~
huahuahua, tpi aku bek, ak amek 5 bijik je. pas tu die wat muke,
tros msuk dlm kelas.
ksian~










ah, waktu rehat, xyah citer la.konpem sume org mkn waktu ni.


ish, disebbkn hari ni jumaat, aku igt pesan member aku si Pinan Nugget!


"wan~ ari ni jumat, ko mkn sket je la, kt uma mesti ko tibai KFC Variety bucket kan? da a, jgn beli nsik lbih. " 

mseh segar lagi dlm ingtan aku.thanks pinan!hahaha.



*pkul 1200.




kring!!!!!!!!
loceng skola berbunyi.. (loceng xde pon~)




aku n Fitri pegi Jaya Jusco cheras selatan.
nek moto je. kitorg park kt kwsn blakang2.

aku semart la gak, pakai baju skola, tpi xde lencana,
pastu pakai blazer,
cm org VIP gak la.
hehe~




msok la kt kdai2 tuh,
aku sje2 msok kedai WAH CHAN, POH KONG,
and HABIB JEWEL.
sje check2, bjet nk bli utk bini.
aku ckp kt tokey kdai,
aku cop lu brg2 kemas nih.
5 taon dpn nk bli.


die kte oke je.
hepinye aku,hahaha.




smpai kt SECRET RECIPE je.

ahhhh...mmg xle bla la.


akk yg jual kek tuh wat muke manje lak.
cm nk suro aku...
eh3! x2, aku mseh lgi waras,
kabare?
huahua.
papehal.
mmg xjdik beli kek.


akhirnye, aku tepon PIZZA HUT je.
 aku suro anta kt skola.
bengong! xdpt anta. 
aku la yg terhegeh2 anta kt skola.


kt sne, jmpe qbah lgi,
die wat muke sdey.
grak mlot cm aku taw je.
die asek sebot.


"huuu~~mentos aku..mentos aku..."

ksian~
hahaha.
















daa~


11.58 almost midday.
17 okt 09



p/s: sory tokok tmbh k kawan2.haha.tjok mmg xkne.

Friday, October 16

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di?kurniakan? syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya. dipetik dari www.iluvislam.com sebagai renungan bersama..

Thursday, October 15

tertido...

pic raya 09. *anak saudaraku~ photographer:aku
Assalamualaikum...
Pagi macam biasa je.biasa je. aku pergi ke sekolah...

angin sepoi sepoi bahasa... besertakan hujan rintik rintik... air bergelora... mak bagi seposen... ayah bagi seposen... cikgu tanye '3 + 3 bpe?' aku jawab ' 6 !' cikgu tanda " right~' lalu aku balek sekolah...

PEH~ hari ni memang dalam sejarah... sedangkan Cikgu Paie pun takde dalam sejarah hidup aku nih. takde la sejarah sangat... biasa je. macam biasa gak, aku meniduri??? TAK TAK! aku tertidur masa jawab paper kimia... yang tidak sepatutnye aku tidur... urm..kira-kira 20 soalan aku tibai... apakan daya, sudah nasib badan...

*waktu rehat datang lagi~ 

  -dalam kelas 5 Bukhari- 

 aku duduk sebelah Pinan... bukan roti nan ok. dia ibarat pembakar semangat aku untuk belajar rajin macam dia... tengok dia je, bagaikan tengok konsert AKON secara live... woh!! very thrilling beb! rilek rilek, biasa je. sikit lagi..sikit lagi.. kitorang sembang sembang, bual bual kosong, masing masing tak nak mengalah markah siapa paling sikit trial nih... konfemlah aku orang itu... sambil bincang2 pasal ketas kimia yg dijwab sbentar tadi... kitorg ambil msa sejenak, berzikir... kepada yang Maha Esa... *sekadar ingatan... pukul 2.30...waktu blek skola... " wan! aku tumpg ko cm bese", kate daus. "lek2, bole je", balasku ngn simple. "jom la!!! da lmbt nih.."rungut daus sendirian..merajok kesepian..ditepi motor legenda Z wane hijau..kepunyaanku...yg calar balar...ish!...kesian~ aku pon tmpgkan la dia kat bas stop, tapi.......
" WAN!!!!!!!WAN!!!!! kejar bas tu...kejar!!!!!!!", firdaus kaget, bile bas da nk pegi.. " oi2! bas!! benti..benti..kwn aku nk nek nih...", jeritku kepada pemandu bas... haih~ bas xnk benti... lalu aku folo bas pegi kemana jua dia pegi... "ahh! bas ni, xmo benti lak...", firdaus hampir berkocakkan mata bliau... " jap2 daus, aku anta ko smpai uma!" kataku smbil berkobar2... " giler ke anta? ana lom kawen lagi... ana xpkai helmet..ana mseh sygkan Fasha ana lagi...!! tidak!!!" teriak daus, yg hampir membingitkan telingaku...
**wooooossssshh!!! vrooom!!! preeet2!!! sdr2 je.da ade kt uma daus... yg kire2 3 Km dri sekola... kt Tmn Mesra, Kajang... die bagi RM2 tande tsankyu. lalu aku gerak ke umaku.... aku pon blek, solat, on9, myspace, bla3. blog2. ah~ kehidupanku simple, tpi sronok... lagi2 klu bdk tuh blek dri hostel... peh~ bhagie lah hidopku... aiaiaiai..... daa~ 15 okt 09 5.27 evening.

Wednesday, October 14

ouh~ sape nih?

aku, umor 17, xsuke wat lawak, serius orangnye, genius, alim. pegi skola nek moto.pe2 je la. tapi, xde tapi2.
firdaus sabri, si belang2 rimau, azan terhebat, berbini empat, abundant of energy, really have lots of mitochondra~ status: taken.
nut-eater, skilled at climbing trees, his name is faisol a.k.a pecol a.k.a aki. totally harmful with his enormous jaws and teeth. becareful~ status: unknown
khairunnaim, the FATHER of INDIA's INDEPENDENCE... naim cute/comel/gandhi/bundle...
seorang pejuang kemerdekaan, suke mogok lapar. status: single and available
fitri cheman, mr.muscle, penyayang, baik hati, gaya3~ hahahaha. status: fitfat
lastly, syidin edogawa, mixed.pan asia (jepon n malay)... paling kacak kat samten... tapi bukan buaya darat, skill bek punye dlm bwk2 moto nih. mat remp-it! hahaha

"hari ini dalam sejarah," kata cikgu noriah...

ni gambar waktu f4. aku:photographer
tepat 7 pagi tadi. aku sampai sekolah sambil pakai helmet syidin. die kelihatan girang sekali, walaupun baru shaja menikmati kemalangan baru2 ini. walhal aku x jumpe die pon pagi ni. aku pergi ke kelas f1. lalu, terciptalah sebuah hiwar~
abang hazwan: assalamualaikum, nama abang mohamad hazwan, berhajat nak amek buku abg kt kelas nih. tertinggl smalam. adek alia raihan: wsalam, abg2~ abg dok mne? abang hazwan: kt tmpt tuh! smbil mnunjuk nunjuk henset N97ku dikhalayak ramai. adek alia raihan: peh~ abg xtkot ke cikgu ab**??? men bwk je henset. abang hazwan: bese je.bese je. sdgkan nabi bwk unta dlu. adek alia raihan: ye x ye gak. my mistakes. sory2.
*** tu je la aksi yg aku wat pagi tdi.. hari2ku berlalu seperti bese. penoh karut marut. seperti tidak bese, aku membuka buku biologi kepunyaan rafiqque fitry @ dzulqarnain (yg mmpunyai dua tanduk!) baca pnye baca.. lalu aku menjawab ketas pekse. hatiku tenang, memandangkan bukan aku sorg je ngntok. rmai lagi member yg sekaki due ngn driku ini. namun, perutku berkeroncong~ waktu rehat menjelma, aku makan nasi ikan mokdek.
siakap senohong gelama ikan duri, makan nasi jgn berdiri,
peh~ kenyang. setibenye aku dikelas, tros jwb pekse bio paper 1. oke la. bkn ssh pon. cume aku tido tyme pertengahan jalan. nseb bek cikgu noriah kejot. klu x sejarah pasti berulang. pendekkan cite, waktu hampir menunjukkan pkul 2. budak2 mkin short! sume xbtol. jerit sane, jerit sini. aku tertekan, bukan depressed, tapi tertekan butang dihensetku. 'teet..teet..teet...no yang anda dail, tidak terdapat dlm perkhidmatan kami...sila cuba no ekor' ahh, mkin pelik aku, celcom slalu xde line.. aku polak la, tetibe~ aku xsolat kt skola, tpi kt uma, abes je solat, aku masak, bkn nk bgge, tpi ak mmg hebat masak2. aku msk nasi briyani gam, kurma daging, acar masak. peh, pantas dan efisien! da a.tu je nk ckp. yang pasti, aku menunggu ketibaan hari aku bernikah. di paris kot, xpon togo.oke jep. daa~ wsalam. 14 okt 09 5.34 kepetangan.

Tuesday, October 13

seribu perjalanan bermula dengan....

"aaaaaaaaaaaaaaaaaaa...aku berada di kamar beraduku..eh2? kamar beradu, aku belom kawen lgi...ke kamar spersalinan? ak pakai baju. tidak terbolen! ahhhh... hidupku bagaikan igauan mimpi ngeri si jack the ripper. aku x sanggup tikam memberku dari belakang...
"pagi semalam berlalu dengan indah~ aku bangun dari tidur tepat pukul 630pagi. ouh segar badanku.walhal lewat da!"
setelah selesai servis moto, aku teros pegi ke sekolah.. namun, bahaya yang sebenar sedang menantiku di sana.. tanpa kusedari...aku leka...terkesima...terkentot... pintu pagar sekolahku yang AUTOMATIK!!! dibuka dengan paksaan??... even the cyborg pon xnk tgk muke aku??? (pe aku cakapi ini???) ahhhh,, makcik jaga suda kenal muke ku ini.. die pon terperanjat sebab ini the first and the only the first tyme... aku tibe/sampai/hampiri sekolah pada waktu yang amat sudah melebihi hadnya barangkali.?!@? *sila isi tempat kosong: A. dicatit. B. dicatat. namaku tidak ___A/B______. aku rasa inilah kehebatan menjadi pengawas, aku sungguh gah melayari bahtera kehidupan. tanpa segan silu, aku 'check' sluarku, uuurmmmmm...oke.da zip seluar, npe makcik tu still x tulis nme aku??bisikku sendirian sambil didengari oleh jembalang2, malaun2, jin ifrit yg tinggal kat tandas sekolahku.
setibenya aku di depan dewan makan, aku pergi pula ke dewan besar, ku lihat ramai, terlalu ramai yang mengambil PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH.yang bersubjekkan kemahiran hidup bersepadu. aku kagum melihat mereka. lalu aku teruskan perjalanan menyusuri lalauan kemotorsikalan. aku 'park' moto aku depan 'jurassic park'. aku bangge~ bukan kerana aku ltk moto kt sne, tpi sbb ade muslimah menegurku.lalu aku malu.hehe~
aku tibe ke kelasku..lalu seorang budak menghampiri aku, namanya, Firdaus Sabri. anak keturunan Kedah si Jelapang Padi. die mengkhabari aku ngn satu topik yang membuatkan telingaku berdesing, ahhhhh, hari ini sungguh tragis! aku melayari jalan ke Kajang, menziarahi jenazah ayah sahabatku... sudah...sudahlah dgn crita sadis ini..aku hanya manahan sebak di dada... namun, hanya Allah and aku je taw betape hancur luluhnye hatiku... pukul 2.30: aku tiba ke rumahku, hamparkan tubuhku menghadap dinding, ibarat mnunggu musuh dan bersedia untuk menerkamnye...ahhh...testosteron aku melonjak... aku goreng kopok lekor...lalu aku makan sampai kenyang.... lantas ak terlupa bace doa makan, ptot a mcm ade setan je... lalu ak tros bce ayt pendinding... peh~~~ burn!!!fire burning on the dance floor..somebody please call 911!!!! komeya!! da2, aku mepek...sekian~ *from paragraph 356, its already a bullshit, dont read la. 13 okt 09 11.51 across the night.

ouh~antologi seorang lelaki...

assalamualaikum... alhamdulillah...akhirnye, sebuah blog diriku telah berjaya dihasilkan. tsankyu very much aku ucapkan kepada kedua-dua ibubapaku, sahabat handai, kekasih gelapku, jiran tetangga, dan tidak lupa juga kepada mentorku, yang juga merangkap diriku sniri. yik?ouh?urm?ouh2?... aku andaikn korg sume nk berkenalan dgn diriku ini... dipersilakanlah~ segala hormatnye, aku perkenalkn diriku.
nama:mohamad hazwan bin hasrin umur:hehe~ makanan kegemaran:sushi, maki kinanoto, iidako kabe, california tempura kue2, peh! minuman kegemaran: sky juice~ askunu: taman seri cheras jaya 43200 kajang selangor. status: mencari n dicari.target acquired.yes la.yes la. so pompuan sume, sory la klu harapan korang hancur, musnah luluh, broken hearted, salted fish hearted. etc..etc.. selamat berkenalanlah kite sume ye.
p/s: segala typing error amat dikesali~ *kucing hilang, tolong cari ye.tsankyu...